KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh media sosial melalui detik mencemaskan hingga terpaksa menjadikan rakannya sebagai cagaran selepas diminta membayar ganti rugi secara tunai kerana tidak sengaja merosakkan sebuah jet ski di Langkawi.
Menurut Ngektsai, beliau pada mulanya diminta membayar ganti rugi sebanyak RM15,000 dan selepas merayu bayaran dikurangkan sebanyak RM2,000.
Beliau melahirkan perasaan ragu kerana terpaksa membayar RM13,000 dan mendakwa pihak syarikat terbabit tidak memberikan beliau sebarang resit.
“On the way flight balik Sarawak, Ngektsai berfikir panjang dan cuba proses kejadian tu. Adakah nilai kerosakan sehingga RM15,000? Kalau betul, mana detail nya?
“Lepas pembayaran tunai RM9,000 dibuat, Ngektsai tak dapat resit rasmi langsung! Bukan RM9, tapi RM9,000! Kenapa company CBW tak suggest Ngektsai yang tengah panik untuk cari polis?
“Kenapa kerosakan tu sampai bayar RM13,000? Ngektsai setuju nak bayar kerosakan jer, bukan bertanggungjawab kalau terjejas perniagaan sebab rosak satu jet ski!” tegasnya.
Dalam perkongsian di media sosial, menceritakan detik berkenaan pemilik nama Zameen Saini itu berkata, beliau diminta membayar ganti rugi secara wang tunai pada waktu itu juga.
Keadaan menjadi cemas, selepas kakitangan syarikat tersebut tidak mahu melepaskan beliau pergi ke bank untuk mengeluarkan wang walaupun dia meletakkan dua buah i-Phone sebagai jaminan tidak melarikan diri.
“Malangnya jaminan i-Phone itu tidak diterima mereka. Akhirnya mereka meminta agar teman Ngektsai ditinggalkan kat sana sementara Ngektsai pergi mendapatkan wang RM13,000.
“Dalam keadaan panik berpisah dengan satu-satunya teman Ngektsai semasa bercuti, Ngektsai gagahi juga ke bank membawa cash RM9,000 dalam beg galas.
“Ngektsai tak dapat mengeluarkan remaining RM4,000 sebab kad mencapai had (kau bercuti kot, mesti la berbelanja). Ngektsai cuba merayu untukk setel RM4,000 keesokan hari sebab masalah had ATM, tapi bos CBW tak mahu bekerjasama untuk hal ini,” katanya.
Dia bernasih baik seorang rakannya di Langkawi membantu beliau untuk menjelaskan baki RM4,000 secara tunai.
“Jadi korang yang membaca cuba lah imagine sekarang kalau korang di tempat Ngektsai. Mujur Ngektsai mampu bayar RM13,000 on the spot. Kalau orang lain yang kurang mampu? Nak bayar pakai apa? Jual diri kat Pantai Cenang ke?
“Janganlah buat tourist macam ni, nanti ada sesetangah orang bisnes sana cakap, tourist makin kurang, low seasons bukan macam dulu, ramai. Bisnes kat sana mungkin dibunuh oleh orang sendiri, bukan tourist tak nak ke sana.
“Come on, Langkawi antara 10 pulau tercantik di dunia. Tak salah kalau Ngektsai kata hal ini juga memberi kesan kepada peniaga di sana,: katanya.
“Datuk Seri Tiong, telitilah kes kamek. RM13,000 banyak bah. Kami urang Serawak pulang melancong lam Malaysia, sedih,” katanya.
Pempengaruh media sosial itu berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.-MalaysiaGazette
Report polis, MOTAC dan KPNHEP sekali. Patut org tak datang Langkawi, banyak penyangak buat bisnes.