Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sempena acara larian Sunway Rapid KL Good Run 2024, Rapid Bus akan mengubah perkhidmatan Bus Rapid Transit (BRT) laluan Sunway pada 28 Julai ini (Ahad).

Rapid KL berkata, bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi, perkhidmatan BRT akan beroperasi secara percuma di atas jalan raya dengan kekerapan setiap 30 minit.

Para pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di
setiap stesen BRT Laluan Sunway kecuali di stesen-stesen berikut: –

1. Hentian Bas SJ692 LRT USJ 7 (Di hadapan KK Mart)
2. Hentian Bas SJ67 Mydin USJ
3. Hentian bas di hadapan Sunway Pyramid
4. Hentian Bas PJ179 Sunway Mentari (Barat)
5. Hentian Bas Setia Jaya ((Bertentangan Stesen KTM Setia Jaya)

Perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan kembali beroperasi seperti biasa bermula jam 11 pagi, 28 Julai 2024. – MalaysiaGazette