Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR- Polis hari ini berjaya mendapatkan lanjutan perintah reman ke atas seorang pemuda berusia 20 tahun yang didakwa melarikan seorang remaja perempuan, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, reman dilanjutkan selama seminggu sehingga 3 Ogos depan.

Tambah beliau, siasatan berhubung kes itu masih lagi berjalan.

Pada 24 Julai lalu, seorang bapa membuat polis mengenai kehilangan anak perempuannya yang berusia 17 tahun.

Kurang 24 jam selepas laporan dibuat, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus memaklumkan, remaja berkenaan telah pun ditemui selamat di Triang, Pahang bersama seorang penganggur yang dipercayai mempunyai hubungan dengannya.

Susulan itu, pihak polis menahan lelaki berkenaan dan direman sehingga hari ini.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Nurul Aishah Farhana ikut teman lelaki secara sukarela -KP Selangor