Kandungan Whatsapp mengenai kenaikan gaji penjawat awam yang tular.

KUALA LUMPUR – Mesej mengenai kenaikan gaji kakitangan awam yang tular di aplikasi Whatsapp 25 Julai lalu adalah palsu.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan memberi peringatan kepada orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan berita-berita tanpa sumber yang sahih.

“Layari portal dan saluran media sosial kami untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

“Tidak pasti, jangan kongsi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini tular mengenai satu mesej palsu di Whatsapp yang mendakwa kenaikan gaji penjawat awam bagi tahun 2024 kononnya akan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri dalam pembentangan bajet akan datang.

Kenyataan itu turut mendakwa bahawa pengumuman itu akan dibuat pada 16 Ogos ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast