PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) berkaitan pemisahan sukarela (VSS) pekerjanya pada 2017.

Ini berkaitan permohonan kebenaran rayuan NUBE berhubung memorandum persefahaman (MoU) 2010 antara kesatuan itu dan bank HSBC.

Tiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli dengan sebulat suara memutuskan MoU oleh bank itu tidak terikat dengan Mahkamah Perusahaan.

Mahkamah juga memerintahkan NUBE membayar kos sebanyak RM30,000 kepada HSBC.

Untuk makluman, dalam MoU HSBC menyatakan akan memberi notis tiga bulan kepada NUBE sebelum sebarang pelaksanaan VSS atau pemberhentian pekerja bank.

Namun NUBE mendakwa HSBC hanya memberi notis dua bulan sebelum bank itu melaksanakan VSS.

NUBE dan HSBC menandatangani MoU untuk memastikan perlindungan hak majikan-pekerja semasa sebarang penstrukturan semula kerja pada tahun 2010.

Sekitar hujung tahun 2016, HSBC telah mula melakukan penstrukturan semula dengan mempelawa pekerja mahu terlibat dengan VSS itu.

HSBC juga telah memaklumkan kepada Nube tentang perkara itu sekitar Disember 2016 dan VSS pula mula dijalankan sekitar tahun berikutanya bulan Februari.

Pada 2018, Nube membawa kes ini ke Mahkamah Perusahaan namun ditolak kerana MoU tidak didaftarkan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Rayuan kemudian mengekalkan keputusan itu sebelum Nube membawa kes itu Mahkamah Persekutuan berkaitan isu VSS ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast