KUALA LUMPUR-  Malang tidak berbau, seorang penunggang motosikal cedera selepas dirempuh tayar sebuah lori yang tercabut dalam kejadian di Jalan Syed Putra, di ibu negara, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, insiden itu dipercayai berlaku sekitar jam 11.46 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan terbabit berlaku apabila tayar dari sebuah lori tercabut lalu terpelanting dan terkena motosikal serta kereta yang berada di belakang.

“Mangsa yang penunggang motosikal berusia 55 tahun mengalami kecederaan ringan dan kini masih mendapatkan rawatan hospital.

“Manakala pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tamabh beliau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan penunggang motosikal itu terpelanting selepas tayar lori itu ‘terbang’ merempuhnya di atas jalan.

Kejadian itu sekaligus menyebabkan motosikal terbabit mengalami kerosakan dengan kesan pecah dan mangsa terjatuh di atas jalan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast