onsert Cokelat Kembali sepatutnya berlangsung pada 7 September depan.

KUALA LUMPUR – Konsert Cokelat Kembali yang sepatutnya berlangsung pada 7 September depan di Zepp Kuala Lumpur dibatalkan.

Menerusi satu kenyataan media, penganjur konsert, Tanjak Global Services memberitahu, keputusan dibuat atas sebab tidak dapat dielakkan.

“Dengan penuh rasa kesal, kami terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan Konsert Cokelat Kembali.

“Keputusan ini dibuat atas sebab tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan.

“Ini adalah keputusan bersama Cokelat dan mereka sudah pun dimaklumkan mengenai perkara ini secara rasmi.

“Kami memahami kekecewaan peminat Cokelat dan dengan penuh tulus ikhlas, kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul berikutan keputusan ini,” kata penganjur.

“Semua pemegang tiket akan menerima bayaran balik penuh melalui Ubertickets, menggunakan kaedah pembayaran asal,” katanya lagi.

Pada Jun lalu, Cokelat dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengumumkan bakal beraksi di Kuala Lumpur dalam konsert selepas 14 tahun tidak mengadakan persembahan di sini.

Sebelum ini, Cokelat pernah ‘berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast