KUALA LUMPUR – Seorang lelaki hilang selepas lori kontena di dermaga Pelabuhan Barat di Klang terjatuh dalam laut hari ini telah ditemui mati lemas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pada pukul 5 petang, pasukan Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) berjaya mengeluarkan mangsa dan membawa naik ke darat.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, bilik operasi negeri menerima panggilan kecemasan mengenai insiden nahas itu sekitar 12.42 tengah hari tadi.
Bertindak atas panggilan itu, sepasukan empat pegawai dan anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah digerakkan ke lokasi kejadian dengan dibantu 16 anggota BBP Pelabuhan Barat serta BBP Shah Alam bersama sebuah bot.
Siasatan di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori di dermaga pelabuhan itu terjatuh ke dalam laut.
Dalam kejadian itu, seorang mangsa warga tempatan, Mohd Hafiz Abdul Salam, 24 yang berada dalam lori kontena berkenaan turut terjatuh di laut dan operasi pencarian telah dipergiatkan oleh pasukan bomba.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: