Isma Aliff

KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi dan pelakon veteran, Isma Aliff, Allahyarham Maiman Tamby meninggal dunia di kediamannya di Kampung Melayu Ampang dekat sini hari ini.

Maiman, 78, meninggal dunia pukul 11.39 pagi dan sebelum ini sudah mengidap sakit jantung dan kencing manis sebelum ini dan terlantar kerana kakinya sudah dipotong.

Urusan mandi, kapan dan solat jenazah diadakan di Masjid Jami’ilhuda sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas Asar.

Sebelum ini, Isma Aliff juga dalam keadaan kurang sihat selepas pernah ditidurkan akibat jangkitan pada jantung dan paru-paru.

Beliau kini bergerak dan menggunakan tongkat berkaki empat.- MalaysiaGazette