Wednesday, October 2, 2024
Home Sukan Liga Super: Penang FC sambar penyerang Australia

Liga Super: Penang FC sambar penyerang Australia

Dylan Wenzel-Halls. Foto FB Penang FC.
KUALA LUMPUR – Penang FC mengumumkan kehadiran penyerang dari Australia, Dylan Wenzel-Halls sebagai pemain import baharu yang akan memperkuatkan skuad Harimau Kumbang dalam baki saingan Liga Super 2024/2025 musim ini.
Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini beraksi bersama Brisbane Roar, Western United, dan Central Coast Mariners di Liga Utama Australia.
Sepanjang karier profesionalnya bersama tiga kelab itu, dia beraksi dalam 115 perlawanan dan telah menjaringkan 23 gol.
Wenzel-Halls juga turut menjaringkan gol di pentas AFC pada saingan lalu ketika dia mewakili Central Coast Mariners apabila cemerlang selaku peledak utama.
Kemasukan pemain itu semestinya akan memberikan tonik baharu buat pengendali Penang FC, Akmal Rizal, bagi menambah kekuatan di jentera serangan Penang.

Statistik Penang di posisi serangan musim ini boleh dianggap cukup mengecewakan dengan impak dibawa oleh penyerang import, Rodrigo Dias tidak berbisa.

Selepas mengharungi lapan perlawanan, Penang hanya merekodkan 10 jaringan selain pemain Brazil hanya mampu mencipta tiga gol sahaja di pentas Liga Super. – MalaysiaGazette