Harga petrol dan diesel bagi tempoh 5 September 2024 hingga 11 September 2024

KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON97 dan diesel turun sebanyak dua sen seliter kepada masing-masing RM3.40 seliter dan RM3.16 seliter (bagi semenanjung).

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga berkenaan berkuatkuasa bagi tempoh 5 September 2024 hingga 11 September 2024.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast