GAZA – Sayap ketenteraan Hamas, Briged al-Qassam, menyiarkan rakaman video memaparkan dua tahanan Israel, Carmel Gat dan Alexander Lobanov, yang menujukan ucapan kepada kerajaan dan peneroka haram Israel sebelum kedua-duanya meninggal dunia pada minggu lalu.
Gat dan Lobanov merupakan antara enam tahanan Israel yang mana mayat mereka ditemui di Jalur Gaza pada Ahad lalu.
Kematian mereka memberi amaran kepada para pegawai, ahli politik dan peneroka haram Israel yang memohon gencatan senjata dicapai dalam usaha mendapatkan semula baki tahanan di Jalur Gaza.
Briged al-Qassam telah menyiarkan rakaman dua peneroka yang mahukan perjanjian pertukaran tahanan dimuktamadkan dengan pejuang Palestin
Semalam, Lobanov berkata, pejuang al-Qassam yang mengawalnya sejak 7 Oktober 2023 telah memindahkan mereka ke beberapa lokasi bagi melindungi beliau daripada serangan dan pengemboman Israel.
“Mereka memindahkan saya sebanyak 10 kali untuk menyelamatkan nyawa saya,” kata tahanann Israel itu.
Sebelum ini, serangan udara dan tembakan Israel telah membunuh peneroka-peneroka.
Lobanov turut mengkritik Benjamin Netanyahu kerana kegagalan untuk ‘melindungi’ beliau dan yang lain pada 7 Oktober lalu sambil menmbah ‘Dan kini anda akan terus gagal pada setiap cubaan untuk membebaskan kami secara hidup’.
“Anda hanya cuba untuk membunuh kami bagi mengelak memuktadkan perjanjian itu,” kata peneroka itu.
Kedua-dua tahanan itu meminta rakan-rakan mereka memprotes bagi memastikan pembebasan mereka dan memberi amaran terhadap apa yang mereka lalui, termasuk kekurangan makanan, air dan bahan kebersihan berikutan kepungan yang dilakukan ke atas Jalur Gaza yang telah memberi kesan kepada semua orang.
“Saya memohon dan merayu kepada kerajaan Israel untuk yang diketuai Benjamin Netanyahu, tolong hentikan pengabaian terhadap kami dan bawa kami pulang ke rumah kami,” kata Gat.
Gat turut memberitahu para peneroka supaya tidak ‘berkompromi’ dan tidak membenarkan sesiapa untuk ‘menutup pintu rundingan’ yang boleh menjamin kebebasan beliau.
Rakaman video itu diakhiri dengan mesej al-Qassam berhubung isu itu yang menekankan perjanjian pertukaran tahanan akan membawa kepada pembebasan tahanan ketika tekanan tentera Israel akan menjurus kepada kematian dan kegagalan.
Sejak Ahad lalu, para peneroka melakukan demonstrasi meminta kerajaan Netanyahu komited terhadap penjanjian pertukaran tahanan dengan pejuang Palestin selepas kekhuatiran para pegawai keselamatan Israel menjadi realiti.
Para pegawai telah memberi amaran kepada Netanyahu behawa melambat-lambatkan gencatan senjata akan menyebabkan nyawa tahanan terancam.
Tiga orang tahanan dijadualkan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian pertukaran tahanan dengan pejuang Palestin, yang mana kerajaan Netanyahu menolak cadangan tersebut sebelum ini selapas Hamas bersetuju pada akhir Mei lalu. – Agensi