KUALA LUMPUR – Pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kazar sah bercerai talak satu hari ini selepas 20 bulan mendirikan rumah tangga.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini mengesahkan pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat Syamsul terhadap Ira sejak 14 Ogos yang lalu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habis membuat keputusan tersebut selepas menilite permohonan Ira.

Terdaulu, peguam yang mewakili Ira iaitu Muhammad Fadhil Razak berkata, berlaku penceraian luar mahkamah sebelum ini namun ia berjaya diselesaikan dengan cara yang baik.

Terdahulu peguam mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, pelanggaran taklik adalah berkaitan dengan hantaran Ira di media sosial.

Namun beliau tidak memperincikan hantaran yang mengakibatkan jatuhnya talak.

Terdahulu, Syamsul dilaporkan memfailkan penceraian terhadap Ira pada 19 Ogos lalu selepas bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Syamsul atau Muhammad Syamsul Yusof juga sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah selama lebih kurang sembilan tahun namun bercerai pada 14 Jun 2023.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast