Mohd Fikry Amri Abd Halim

ALOR GAJAH – “Pengasuh wanita yang jaga bayi saya dia bedung anak, dia sumbat botol susu tutup dengan kain dan tekup dengan bantal.

“Waktu isteri sampai, anak dah terkulai dalam keadaan mulut berdarah dan muka kebiru-biruan,”.

Itu pendedahan menyayat hati diceritakan Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, mengenai kejadian anak sulungnya, Muhammad Al Fateh Amri, lapan bulan yang dipercayai meninggal dunia dalam jagaan pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, di sini, pagi tadi.

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian itu menimpa ketika dia dan isteri Sabrina Hakiem Zaini, 39, baru lima hari menghantar bayi lelakinya itu ke taska yang didakwa tidak berlesen itu.

“Sudah 13 tahun kami menunggu untuk mendapatkan cahaya mata pertama ini dan tidak sangka kejadian ini berlaku selepas setahun isteri ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak.

“Pada awalnya, isteri saya dimaklumkan anak mungkin terjatuh tapi bila saya melihat sendiri CCTV saya tak percaya benda ini dibuat sendiri oleh pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, di sini, malam ini.

Menurutnya yang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, kejadian sebegitu tidak sepatutnya berlaku.

“Malah saya terkejut apabila mengetahui rupa-rupanya pusat asuhan itu tiada lesen walaupun sudah empat tahun beroperasi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Menteri Nancy Shukri dan Penguatkuasa lemau mcm biskut…boleh beroperasi sampai 4 tahun tanpa lesen? Bengong..tidor punya Menteri..skrg dah ada nyawa melayang baru laaa ko sibuk yer makcik menteri

Comments are closed.