KUALA LUMPUR – Dsara Fried Chicken telah menghentikan penjualan serta penggunaan air berkarbonat keluaran Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH).

Menurut satu kenyataan berkata, DSara Fried Chicken, tindakan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

“Untuk makluman, DSara Fried Chicken bukanlah sebahagian daripada jenama atas rangkaian di bawah GISBH.

“Kami merupakan sebuah syarikat 100% Bumiputera yang beroperasi secara bebas dan berpangkalan di Baling, Kedah Darul Aman,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadamkan pada petang ini.

Syarikat itu bagaimanapun tidak memperincikan langkah pemberhentian penggunaan produk tersebut.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadamkan pada petang ini.

Awal hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan akan ada libat urus dengan wakil syarikat GISB.

Bagaimanapun Na’im enggan memperincikan libat urus yang akan diadakan bersama syarikat berkenaan. – MalaysiaGazette