Taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah di sini, lokasi yang menyaksikan seorang bayi lelaki berusia 8 bulan maut dipercayai dibunuh pengasuhnya disahkan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

MELAKA – Taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah di sini – lokasi yang menyaksikan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut dipercayai dibunuh pengasuhnya disahkan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, taska berkenaan dalam proses mendapatkan surat sokongan pendaftaran.

“Setakat ini, taska tersebut belum berdaftar dengan JKM dan sedang dapatkan sokongan pendaftaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi aspek keselamatan.

“Ia bagaimanapun sudah mendapat sokongan daripada agensi yang lain seperti Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Pejabat Kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah di sini, lokasi yang menyaksikan seorang bayi lelaki berusia 8 bulan maut dipercayai dibunuh pengasuhnya disahkan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengulas lanjut, Kalsom berkata, susulan kejadian itu, seramai dua kakitangan JKM melakukan pemeriksaan di premis terbabit pada pukul 3.30 petan semalam selain turut dihadiri pasukan forensik polis.

“Hari ini, Unit Kanak-kanak (Taska) dan juga Unit Penguatkuasaan JKM sekali lagi telah melakukan pemeriksaan dan menemuduga pengusaha Taska.

“Berdasarkan pemeriksaan, kita tidak pernah menerima aduan kes di Taska ini yang merekodkan kehadiran 10 orang kanak-kanak termasuk mangsa bayi yang meninggal dunia semalam,” katanya.

Tambahnya, pihak JKM akan melakukan tindakan penguatkuasaan lak (tutup) selaras dengan peruntukan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308).

“Kita juga akan mengenakan tindakan pendakwaan selepas siasatan lanjut dijalankan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast