Gambar hiasan

NEW DELHI- Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan tiga lagi cedera di negeri Chhattisgarh akibat disambar petir.

Insiden itu berlaku pada petang Ahad di daerah Balodabazar-Bhatapara, kira-kira 107 km timur laut Raipur, ibu kota Chhattisgarh.

Hujan lebat dan ribut petir disertai kilat melanda beberapa bahagian di negeri itu.

Polis berkata, kesemua mangsa bekerja di ladang dan berteduh di bawah pokok berhampiran kolam selepas hujan.

Mangsa yang cedera pula dikejarkan ke hospital.

Setiap tahun, dengan bermulanya musim tengkujuh, beratus-ratus orang mati dalam kejadian kilat di India. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast