Kiddytopia membuka cafe dikenali Kiddycafe di cawangannya di IOI City Mall, Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kiddytopia, taman permainan kanak-kanak tertutup kini menambah daya tarikan apabila membuka kafe dikenali Kiddycafe di cawangannya di IOI City Mall, Putrajaya.

Pengarah Urusan Kiddytopia, Akmal Adib Mainong berkata, pihaknya komited memberikan pengalaman baharu kepada pelanggannya dalam usaha mengukuhkan jenama itu yang beroperasi sejak 2019.

Menurut beliau, bertemakan taman hiburan mesra keluarga, pembukaan Kiddycafe berasaskan menu kentang goreng mampu memenuhi cita rasa kanak-kanak.

“Kiddycafe adalah satu lagi segmen perniagaan baharu kami selain Kiddyride dalam usaha untuk memberi tambah nilai kepada pelanggan.

“Justeru kami menawarkan menu Surfries yang menjadi kegilaan kanak-kanak untuk dinikmati termasuk empat jenis kentang goreng istimewa iaitu loaded fries, shaker fries, long fries dan steak fries.

“Malah menu ini datang bersama pakej kombo yang sempurna di mana pelanggan juga berpeluang mendapatkan diskaun tambahan apabila membelinya dan layak untuk membeli Bolo Bun dengan dua perisa ais krim pada harga hanya RM5 yang dilancarkan bermula pada 14 September ini,” katanya dalam satu kenyataan.

pembukaan Kiddycafe yang berasaskan menu kentang goreng mampu memenuhi cita rasa kanak-kanak.

Sementara itu, Ketua Koki Eksekutif Kiddycafe, Chef Nor Arazman memberitahu, bahan-bahan menu yang digunakan bermutu berkualiti agar berbaloi dinikmati setiap pelanggan.

Kiddytopia yang merupakan antara jenama pertama yang menggabungkan kafe, laman permainan dalaman dan permainan penggalian konsol kini melalui perkembangan pesat meneuris pembukan cawangan sedia ada di Kiddytopia Aeon Nilai, Kiddytopia Midvalley Southkey selain Kiddytopia IOI City Mall Putrajaya yang merupakan cawangannya yang terbesar.

Apa yang menarik, harga pas masuk ke Kiddytopia bermula RM45 hingga RM55 adalah berkonsepkan pas sehari di mana kanak-kanak boleh keluar dan masuk tanpa had dalam masa sehari manakala tiada bayaran dikenakan kepada ibu bapa. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here