Foto tular kemalangan yang meragut nyawa seorang peserta program RX-Z Member 6.0, petang semalam.

KUALA BERANG- Seorang peserta RX-Z Member 6.0 maut dalam nahas di kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Ajil-Bukit Besi), 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, mangsa Ahmad Amir Muhamad, 29, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, motosikal ditunggang Ahmad Amir bergesel dengan sebuah motosikal lain ketika cuba memotong sebuah lori menggunakan lorong kecemasan.

Mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang ke Temerloh, Pahang selepas menyertai program tersebut.

“Mangsa terjatuh di atas jalan dan terseret masuk ke bahagian bawah treler sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dibawa ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat manakala seorang lagi penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

RXZ Members 6.0: Polis keluar 65 saman menerusi Op Khas

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here