Fadhlina meninjau dan menyantuni penduduk di Kampung Sungai Kechil, Nibong Tebal yang terjejas akibat banjir hari ini.

NIBONG TEBAL – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menasihatkan ibu bapa dan penjaga untuk mengawasi pergerakan anak mereka ketika musim banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu memberi peringatan tersebut susulan beberapa tempat termasuk kawasan parlimennya dilanda banjir.

“Kebetulan sekarang ini musim cuti sekolah, jadi saya minta ibu bapa untuk pantau keselamatan anak-anak.

“Kedua, kita sedaya upaya sedang mengatasi krisis ini dengan semua kerahan yang digerakkan oleh semua agensi dan hujan juga saya ingat barangkali akan memberikan kesan kepada keadaan ini.

Fadhlina.

“Jadi kita minta untuk semua pihak bersiap siaga dalam semua keadaan (jika berlaku sebarang bencana),” katanya.

Terdahulu, Fadhlina melakukan tinjauan dan menyantuni mangsa banjir di Kampung Sungai Kechil di sini hari ini.

Kira-kira 200 rumah dalam Taman Cenderawasih, Kampung Sungai Kechil, Kampung Besar, Kampung Sungai Udang dan Taman Nibong Tebal terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Banjir terburuk selepas 2 tahun, tak sempat selamatkan barang – Mangsa

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here