KUALA LUMPUR – Pelabur asing membeli sebanyak RM217.6 juta ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas, kata MIDF Research.

Firma penyelidikan itu meramalkan pelabur asing akan terus melabur dalam ekuiti tempatan menjelang keputusan keloggaran dalam dsar monetari Rizab Persekutuan yang akan diumumkan minggu ini.

Pada minggu lalu, pelabur asing hanya membuat jualan sebanyak RM129.8 juta pada hari Rabu dan RM95.1 juta pada Khamis.

Tiga sektor teratas yang mencatatkan bersih asing tertinggi aliran masuk ialah utiliti (RM335.0 juta), hartanah (RM52.8 juta) dan
pembinaan (RM49.4 juta).

Manakala tiga sektor teratas dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah produk pengguna & perkhidmatan (-RM71.2 juta), perkhidmatan kewangan (-RM47.3 juta) dan penjagaan kesihatan (RM35.4 juta).

Institusi tempatan pula menjual ekuiti tempatan minggu lalu selepas membuat belian RM3.5 juta minggu sebelumnya.

Mereka menjual RM274.6 juta pada hari Selasa dan RM12.4 juta pada hari Jumaat tetapi melakukan belan bersih sepanjang minggu lalu.

MIDF Research menambah, pelabur runcit pula kembali kepada jualan bersih sebanyak RM221.1 juta selepas belian bersih seketika RM162.2 juta minggu sebelumnya.

Mereka hanya beli bersih RM16.7 juta pada hari Rabu dan melakukan jualan dijual pada sepanjang minggu.

• Purata volum dagangan harian (ADTV) melonjak masing-masing 12.5% dan 10.6% dalam kalangan institusi tempatan dan pelabur asing manakala peruncit tempatan menyaksikan penurunan 5.4%. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here