KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah AADK yang ke-13 bagi mengisi kekosongan jawatan itu sejak 26 April lalu bagi menggantikan Sutekno Ahmad Belon yang bertukar keluar ke Kementerian Sumber Manusia sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi).

Beliau yang berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.

Sebelu berada di JIM, Ruslin juga pernah menjadi Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.

“AADK merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Datuk’ Ruslin atas pelantikan ini dan menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Sutekno atas khidmat bakti sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah AADK,” kata AADK dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here