Foto: JBPM Sarawak

KUCHING: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Jalan Teo Kui Sing, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kejadian kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun merupakan penumpang kereta Perodua Axia mengalami kecederaan parah.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.33 pagi di Hospital Umum Sarawak.

“Sebuah kereta jenis Proton S70 yang dipandu dari arah Lapangan Terbang Kuching hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Axia yang sedang bergerak lurus,” katanya menerusi kenyataan, hari ini

Menurut Mohd Farhan, pemandu Proton S70 iaitu seorang wanita bukan wargenegara kini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Charlie Aloysius, di talian 014-8682068 atau 082-259900 BSPTD Kuching.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here