Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas ketika menjala ikan di Sungai Belakang Mada di Kampung Kobah, di Pendang, Kedah, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Roslan Mat berkata, pihaknaya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 11.20 pagi tadi.

Mangsa, 63, dari Kampung Bukit Jambul dikatakan telah pergi ke lokasi kejadian sekitar jam 9 pagi.

“Menurut saksi, ketika mangsa sedang menjala, jalanya telah tersangkut dan mangsa turun ke dalam air untuk menarik jala itu keluar.

“Pada masa itu, arus air kuat telah tarik mangsa masuk ke dalam terowong air di lokasi tersebut dan mangsa ditemui terapung di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dan berwaspada di musim banjir, selain mengutamakan keselamatan diri serta keluarga serta elakkan daripada menghampiri kawasan-kawasan banjir dan sungai,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast