Pemandangan bangunan pencakar langit di ibu kota yang dicemari jerebu berikutan insiden kebakaran hutan di Kalimantan, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 25 OGOS 2026.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Serian (188), Samarahan (163) dan Kuching (154).

Sementara itu, tujuh kawasan di Johor turut mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Pasir Gudang (171), Larkin (168), Tangkak (167), Kota Tinggi (165), Batu Pahat (161), Pengerang (161) dan Kluang (152).

Enam kawasan di Selangor turut mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Johan Setia (182), Shah Alam (168), Petaling Jaya (160), Klang (160), Banting (157) dan Kuala Selangor (156).

Pahang mencatatkan lima kawasan pada tahap tidak sihat, iaitu Balok Baru, Kuantan (162), Indera Mahkota, Kuantan (161), Temerloh (156), Jerantut (155) dan Rompin (152).

Di Negeri Sembilan, tiga kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Nilai (168), Seremban (165) dan Port Dickson (151); di Terengganu melibatkan Kemaman (157), Paka (156) dan Kuala Terengganu (154) manakala di Perak melibatkan Tanjung Malim (158), Seri Manjung (154) dan Tasek Ipoh (151).

Dua kawasan di Melaka turut mencatatkan IPU tidak sihat, iaitu Alor Gajah (159) dan Bukit Rambai (156) manakala di Pulau Pinang, bacaan tidak sihat direkodkan di Balik Pulau (141) dan Minden (118).

Selain itu, turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Cheras, Kuala Lumpur (171), Batu Muda, Kuala Lumpur (162), Putrajaya (166) dan Sungai Petani, Kedah (117).

Sementara itu, sebanyak 30 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here