Seorang lelaki selamat selepas kenderaan yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Batu 16, Jalan Kuala Lumpur - Rawang, Selangor semalam. Foto Ihsan JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki selamat selepas kenderaan yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Batu 16, Jalan Kuala Lumpur – Rawang, Selangor semalam.

Pemanngku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Abang Kaderi Abang Waslu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.20 tengah hari.

“Semakan mendapati, hujan lebat dan angin kuat menjadi punca pokok tumbang.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang yang berada di lokasi berjaya mengalihkan pokok tumbang itu.

“Mangsa berusia 38 tahun memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Xtrail tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan seramai tujuh pegawai serta anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi sejurus menerima panggilan kejadian.

Katanya, pihak anggota perlu memotong dahan pokok menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa dengan selamat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here