Gambar hiasan UNSC

HAMILTON, KANADA- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan sesi tergempar berhubung letupan alat kelui dan peranti radio di Lubnan.

Ketua Hal Ehwal Politik PBB, Rosemary DiCarlo menggelarkan insiden berbalas serangan di antara Israel dan Hizbullah sebagai “melanggar gencatan keganasan serta melanggar resolusi 1701.”

“Siri keganasan ini berisiko untuk berterusan pada satu-satu jangka masa dan memberi ancaman terhadap kestabilan Lubnan, Israel dan keseluruhan rantau,” kata DiCarlo pada sesi berkenaan.

Beliau turut bersetuju bahawa “perang mengerikan di Gaza akan berlanjutan,” mengulangi kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres yang meminta supaya gencatan senjata dan pembebasan tahanan di Gaza dilaksanakan segera.

“Risiko terhadap keselamatan dan kestabilan bukan sahaja kepada Lubnan malah seluruh rantau ini sangat tinggi.

“Sehubungan itu, pihak-pihak yang mempunyai pengaruh digesa supaya segera bertindak,” katanya lagi.

Tambahnya, masih belum terlewat untuk mengelak daripada penderitaan yang lebih mendalam, kata DiCarlo sambil menggesa supaya diplomasi digunakan tanpa lengah lagi.

Wakil Algeria, Amar Bendjama memberitahu, negaranya bersolidariti penuh bersama Lubnan dan menegaskan “tindakan-tindakan yang dilakukan Israel setaraf dengan jenayah perang.”

Tegas beliau, menggunakan peranti orang awam sebagai bom telah mengancam keselamatan semua dan menjadikan alat tersebut sebagai ancaman terbesar.

Mengulas mengenai kenyataan pegawai Israel yang mengancam untuk melancarkan perang besar-besaran ke atas Lubnan, Bendjama berkata, kenyataan itu dan serangan udara di Beirut menjadi bukti bahawa Israel tidak pernah berminat untuk berdamai.-Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here