Sompoch Hongkittiyanonta

SUNGAI GOLOK – Kunjungan rakyat Malaysia terutamanya penduduk Kelantan ke sini untuk berhibur di kelab-kelab malam diakui banyak membantu menjana pendapatan para pengusaha hotel.

Salah satu hotel yang kerap menerima kunjungan rakyat Malaysia adalah Hotel Genting di mana 80 peratus pengunjung terdiri daripada penduduk negara jiran.

Pengarah urusan Hotel Genting, Sompoch Hongkittiyanonta, ketika ditemui bagaimanapun berkata, penangkapan enam rakyat Malaysia kerana kesalahan memiliki dadah baru-baru ini menyaksikan jumlah pengunjung semakin berkurangan.

Keadaan itu, katanya, agak membimbangkan kerana industri perhotelan baru bangkit selepas sepi akibat penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan banyak hotel terpaksa menghentikan operasi.

Mengulas kejadian terbaharu, Sompoch berkata, pusat hiburan di hotelnya mengenakan pemeriksaan yang ketat di mana para pengunjung dilarang keras daripada membawa masuk barangan terlarang ke dalam pusat hiburan berkenaan.

Pusat hiburan yang boleh memuatkan seramai 300 orang pada satu-satu masa kebiasaannya dipenuhi rakyat Malaysia termasuk Kelantan pada hujung minggu.

Tambahnya lagi, orang ramai tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke hotel bertaraf tiga bintang itu kerana keselamatan mereka terjamin. – MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast