Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan. Foto WAN NABIL NASIR, 17 DISEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing direman tujuh hari selepas disyaki melarikan dan melakukan amang seksual secara fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Seri Kembangan dekat sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisiner A A Anbalagan berkata, suspek berusia 35 tahun itu direman bermula hari ini hingga 27 September depan bagi membantu siasatan. 

Katanya, polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes itu susulan laporan yang diterima daripada bapa mangsa.

“Kejadian berlaku pada 20 September lalu sekitar 11 malam ketika kanak-kanak itu sedang bermain bersama rakannya yang berada tidak jauh daripada bapanya bekerja. 

“Kemudian, bapa kanak-kanak itu menyedari kejadian itu dan segera membuat laporan polis dan susulan itu, suspek warga asing  berjaya ditahan.

“Pemeriksaan lanjut menemukan bahan lucah dan suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah manakala ujian saringan air kencing pula negatif,” katanya dalam kenyataan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalaan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 363 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 195/63.

“Pihak polis juga meminta kerjasama orang ramai, sekiranya mempunyai maklumat berkenaan perlakukan jenayah atau perlanggaran undang-undang menyalurkan maklumat tersebut dengan menghubungi di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here