Pempengaruh, Alif Teega keluar selepas didakwa atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM63,605 bagi tujuan infaq pada April dan Jun lalu mengaku tidak bersalah ketika di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Pasangan pempengaruh, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah, 26 akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor esok berhubung kes derma awam.

Sebelum ini, Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan salah guna wang Infaq lebih RM63,000 pada April dan Jun lalu.

Artikel berkaitan: Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Tega

Perintah reman ke atas Aisyah Hijanah, Alif Tega kekal

Aisyah Hijanah nafi seleweng dana sumbangan orang ramai

Aisyah sedia beri kerjasama penuh hingga kes selesai

Alif Teega dituduh salah guna wang infaq lebih RM63,000

Alif membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Pada 11 Julai lalu, Alif dan isterinya direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Turut direman adalah dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk penahanan mereka. – MalaysiaGazette

Alif Teega dituduh salah guna wang infaq lebih RM63,000

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here