Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Pendakwah selebriti, Da’i Syed mengambil peluang bersama anaknya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail selepas dibebaskan sementara dari Penjara Kajang minggu lalu bagi menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Menerusi perkongsian video dalam Insta Story miliknya, Syed atau nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, dilihat membawa anak perempuannya itu bersiar yang dipercayai di kawasan kediamannya.

Apa yang menarik, video berlatar belakang lagu berbahasa Perancis tersohor iaitu La Petite Fille de la mer yang berkisar kasih sayang terhadap anak perempuan sekali gus menggambarkan perasaannya terhadap permata hatinya itu.

Sebelum ini, Syed hanya berpeluang mencurahkan kasih sayang kepada anaknya selama 16 hari selepas dilahirkan pada 14 Ogos lalu.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Syed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan hingga rayuan didengar dan diputuskan.

Ia membabitkan rayuan hukuman penjara dan sebatan yang diputuskan Mahkamah Sesyen, di sini, pada 30 Ogos lalu atas satu pertuduhan rogol.

Peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili pendakwah bebas itu mengesahkan pembebasan Syed selepas sesi pendengaran permohonan penggantungan pelaksanaan dibuat mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here