TOKYO – Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda berhampiran Pulau Izu yang terpencil di Jepun pada hari Selasa, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.
Tsunami satu meter (3.3 inci) dijangka berlaku di Kepulauan Izu pada 8.30 pagi (2330 GMT) dan Kepulauan Ogasawara pada 9 pagi (0000 GMT), kata Agensi Meteorologi Jepun.
Bagaimanapun, penduduk pulau itu tidak merasai gempa bumi, lapor NHK.
Jepun terletak di atas empat plat tektonik utama dan mengalami sekitar 1,500 gempa bumi setiap tahun, kebanyakannya kecil.
Selalunya, kesannya terkawal walaupun gegerannya lebih besar kerana penggunaan teknologi tinggi dalam binaan bangunaan dan amalan prosedur kecemasan yang baik. – Agensi