Onn Hafiz (tengah) menunjukkan laporan pencapaian Inisiatif Johor 2022-2024 di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Saujana, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Kluang terutama Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang bakal menjadi hab logistik Johor akan menikmati lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi pada masa depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek berimpak tinggi seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) akan menerima limpahan ekonomi kepada penduduk Kluang.

“Terdapat maklum balas kerajaan negeri hanya tumpu pembangunan di kawasan selatan Johor, daerah lain tidak diberikan tumpaun, saya hendak nyatakan itu adalah fakta yang tidak benar.

“Saya lihat daerah Kluang ini akan jadi hab logistik untuk negeri. Ini kerana Kluang berada di tengah-tengah Johor dan pelbagai projek infrastuktur sedang berjalan.

“Antaranya Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru, pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan naik taraf jalan Persetukutuan di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor di Saujana, di sini, hari ini.

Selain itu kata beliau, bagi mengatasi masalah kesesakan di bandar Kluang, satu jalan pintasan akan dibina dengan jarak 2.1 kilometer dengan peruntukan berjumlah RM60 juta.

Jelasnya, jalan pintasan itu akan dibina dari Taman Muhibah ke Layang yang akan memberi manfaat kepada 30,000 kenderaan setiap hari.

Menurut Onn Hafiz, peruntukan untuk membina jalan pintasan tersebut sudah dibuat dua tahun lalu dan dijangka diluluskan dalam tahun ini.

“Ini akan menjadi ‘game changer’ (pemangkin perubahan) yang memastikan kesesakan dapat dikurangkan. Pengguna jalan raya tidak perlu lagi masuk ke pusat bandar, sebaliknya menggunakan jalan pintasan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkatata, Kluang menerima peruntukan RM122 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan termasuk DUN Mahkota.

Jelasnya, peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri berjumlah RM26 juta, penyelenggaraan jalan pihak berkuasa tempatan (RM32 juta), penyelenggaraan jalan Persekutuan (RM59 juta) dan penyenggelaraan lampu isyarat sera lampu jalan (RM2 juta).

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon memberitahu, Kluang setakat ini sudah menerima perutukan RM305,000 untuk bidang kesihatan.

Katanya, ini melibatkan bantuan untuk bantuan kepada 61 pantri klinik dan hospital selain tiga program klinik bergerak maju Johor serta skim ubat pos melibatkan 1,1171 penerima.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here