Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Bau busuk yang kuat dari rumah jiran membawa kepada penemuan mayat seorang wanita di Kampung Sungai Choh, Hulu Selangor.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, polis menerima maklumat itu sekitar jam 1.05 petang Jumaat lalu daripada seorang jiran di kampung tersebut.

Bertindak atas maklumat sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

Setibanya di rumah tersebut, mangsa yang merupakan seorang warga asing ditemui sudah meninggal dunia.

“Simati berusia 48 tahun, tidak bekerja serta tinggal seorang diri di rumah sewa itu.

“Dia dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi penyakit sakit jantung, kanser & kencing manis,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Ahmad Faizal berkata, wanita itu tinggal bersendirian di rumah berkenaan  setelah kematian suami sejak lapan bulan lepas.

Katanya, mayat wanita itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

“Polis sedang menunggu hasil laporan bedah siasat dari forensik hospital untuk mengetahui punca kematiannya.

“Buat masa ini kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast