Pihak APM melakukan pemantauan di sekitar Changlun, Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 1,383 orang setakat jam 5 petang hari ini, berbanding 1,372 mangsa pagi tadi.

Berdasarkan laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua 443 keluarga itu kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan tiga daerah.

Daerah Pokok Sena mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 737 orang daripada 233 keluarga.

Mereka semua ditempatkan di lima buah PPS iaitu Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau Mukim Derang, Masjid Kampung Baru Jalan Lampam dan Surau Desa Keda Derang.

Daerah Kota Setar pula, seramai 412 orang daripada 129 keluarga ditempatkan di tiga buah PPS iaitu SK Titi Gajah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas dan SMK Alor Merah.

Manakala bagi daerah Kubang Pasu, seramai 234 mangsa daripada 81 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan PPK Lubuk Batu dan SK Bandar Baru Darul Aman. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here