Bas yang membawa pelajar dan guru terbakar di Bangkok, Thailand Foto Bomba dan Penyelamat Thailand

BANGKOK- Sekurang-kurangnya 16 orang cedera apabila sebuah bas sekolah yang membawa 44 pelajar dan guru terbakar di Bangkok, Thailand.

Pihak berkuasa kerajaan bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan sekiranya ada penumpang yang terkorban.

Menteri Pengangkutan Suriya Juangroongruangkit berkata, punca kebakaran juga masih disiasat.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sebuah bas dilitupi asap tebal dan sebahagian lagi masih terbakar.

Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra berkata, kesemua pelajar tersebut dalam perjalanan untuk menyertai lawatan ke wilayah Uthai Thani, kira-kira 250 kilometer ke utara Bangkok.

“Sebagai seorang ibu, saya ingin menzahirkan ucapan takziah kepada semua waris mangsa,” katanya menerusi hantaran di X.- BANGKOK POST