Sekitar Program Kem Nanosains 2.0 yang dianjurkan oleh UPM bagi mendidik pelajar dalam penyelidikan dan aplikasi nanosains baru-baru ini

SERDANG- Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Institut Nanosains
dan Nanoteknologi (ION2) telah menganjurkan Program Kem Nanosains 2.0 bagi mendidik pelajar dalam penyelidikan dan aplikasi nanosains baru- baru ini.

Seramai 49 orang pelajar tingkatan empat dan lima dari sekolah sekitar negeri Selangor
berpeluang berinteraksi dengan pakar berkaitan aplikasi nanosains yang terdapat disekitar masyarakat hari ini.

Pengarah ION2, Profesor Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid berkata, program ini menyokong
penyelidikan dalam bidang sains untuk memastikan generasi masa kini berkemahiran tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk pembangunan negara.

“Peserta turut berpeluang membina jaringan dengan pakar dan institusi dalam bidang sains di samping mendidik pelajar untuk menjadi pemimpin dalam bidang sains dan teknologi di masa hadapan.

“Ini juga merupakan inisiatif universiti awam untuk menyumbang kepada pembinaan modal insan yang berkualiti tinggi,” katanya.

Program ini mendapat kerjasama dengan Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) turut
dirasmikan oleh Pemangku Pengarah, Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), (MOSTl),
Ts. Mohd Helme Mohd Helan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here