Tiong King Sing

KUALA LUMPUR – Parti Demokratik Progresif (PDP) melahirkan kekecewa dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros tentang pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Tiong King Sing yang menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan itu sebagai tidak berrtanggungjawab berkata, ia seolah-olah memperkecilkan masyarakat Cina yang keluar mengundi pada PRK yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN).

“Ketua Pemuda UMNO Johor menuduh kehadiran pengundi Cina rendah jelas menunjukkan sikap buruk beliau yang suka menuding jari dengan merujuk statistik yang tidak berasas. Beliau seolah-olah mengetepikan sumbangan undi kaum Cina dalam PRK tersebut.

“Tanpa ucapan terima kasih, komuniti ini sebaliknya dipersalahkan sehingga mengundang rasa kecewa dan kecil hati. Perlu ingat, Kerajaan Perpaduan memberi perhatian besar terhadap PRK ini, tanpa peduli fahaman serta idealogi politik, semua pemimpin parti turun padang menangkan calon BN,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kata King Sing yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, peratusan keluar mengundi pengundi Cina dalam PRK Mahkota adalah 53.6 peratus manakala pengundi Melayu ialah 56.6 peratus.

Berikutan itu, meminta supaya Noor Azleen melakukan semakan fakta asas sebelum mngeluarkan kenyataan.

Katanya, jika Noor Azleen seorang yang bertanggungjawab beliau seharusnya memohon maaf kepada komuniti Cina atas sikap sombong dan kejahilanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast