Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Pengarah Strategik PKR Sarawak, Iswardy Morni untuk membela diri selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong pada 29 Mei 2021.

Hakim Mahkamah Sesyen, Edwin Paramjothy ketika membaca keputusannya berkata, pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie dilakukan oleh Iswardy.

Difahamkan seramai sembilan saksi akan memberi keterangan sepanjang prosiding pembelaan diri yang akan bermula November kelak.

Iswardy didakwa mengeluarkan kenyataan melalui Facebook miliknya Iswardy Morni Official dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini pada tahun 2021.

Video secara langsung itu turut mendapat tontonan sehingga 38,645 ribu orang ketika itu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 1 Jun 2021, tertuduh mengaku tidak bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan mohon dibicarakan. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here