Jawatankuasa pimpinan pusat 2024-2027 MIC.

KUALA LUMPUR – MIC mengumumkan pelantikan mantan Bendahari Agung MIC, Tan Sri M Ramasamy sebagai naib presiden.

Pelantikan Ramasamy juga baharu sahaja dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak baru-baru ini menamatkan teka-teki beberapa lantikan penting dalam MIC.

M. Ramasamy

Manakala jawatan Bendahari Agung MIC digantikan oleh Datuk N Sivakumar, juga memegang jawatan Ketua Bahagian MIC Segambut.

Lantikan lain termasuklah jawatan Ketua Penerangan oleh Datuk AK Ramalinggam, Pengerusi Bangunan MIC, Datuk N Rawisandran, Setiausaha Organisasi pula dipegang Datuk N Muneandy.

N Sivakumar Nadarajah

Bekas Ketua Penerangan MIC, Datuk R Thinalan diberikan peranan baharu iaitu Pegawai Strategi Nasional manakala Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC), L Siva Subramaniam sebagai Biro Media Kebangsaan.

MalaysiaGazette difahamkan, lantikan terbaru ini dibawah pimpinan Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalannya, Datuk Seri M Saravanan akan memainkan peranan penting dalam pemerkasaan parti terbesar masyarakat India di negara ini berkuatkuasa bagi penggal 2024-2027.

Sebelum ini, Vigneswaran membuat beberapa lantikan baharu termasuklah Setiausaha Agung MIC yang kini dipegang oleh Datuk S Ananthan dan Setiausaha Eksekutif, Datuk AT Kumararajah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast