Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Polis digesa supaya menjalankan siasatan menyeluruh berhubung jenayah berkaitan dadah yang melibatkan anggotanya.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, adalah penting untuk menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti bagaimana anggota polis terbabit memperoleh dadah serta sumber kewangan yang digunakan untuk menyokong aktiviti haram mereka.

“Adakah pegawai-pegawai yang tidak berintegriti ini sebahagian daripada rangkaian jenayah yang lebih besar? Adakah mereka mencuri dadah daripada pengedar atau daripada bilik barang bukti polis?

“Soalan-soalan ini perlu dijawab jika kita serius mahu mengambil langkah berkesan dalam membanteras rasuah dan jenayah dalam pasukan polis.” katanya dalam kenyataan.

Menurut Lip Eng, penangkapan tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang didapati positif dadah semasa berhibur di pusat hiburan di Taman Dutamas, Cheras baru-baru ini mendedahkan satu isu yang sangat membimbangkan.

Ini kerana, katanya, anggota-anggota terbabit kini sedang disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Meskipun siasatan terhadap kesalahan berkaitan dadah yang melibatkan anggota polis hanya tertumpu kepada kes-kes individu.

Katanya, pendekatan sebegini tidak memadai dan gagal menangani rangkaian serta sistem yang membolehkan tingkah laku jenayah tersebut terus berlaku.

“Apa yang diperlukan adalah pendekatan yang lebih menyeluruh bukan sahaja menyabitkan individu yang bersalah tetapi juga mendedahkan serta membongkar budaya atau rangkaian dalaman yang membolehkan penyalahgunaan dadah dan kegiatan haram lain dalam pasukan polis.

“Saya mendesak pihak kepimpinan polis serta kerajaan untuk segera mengambil tindakan tegas dengan melancarkan siasatan penuh dan telus berhubung isu ini.

“Orang awam perlu diyakinkan bahawa mereka yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang tidak terlibat dalam kegiatan jenayah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Masalah intergriti dalam kepolisan termasuk dlm jabatan kerajaan yg lain merupakan satu masalah yg utama kepada Negara.Wlu pn bnyk kita lihat tindakan2 yg diambil,tetapi masalah ini masih lg menjadi2 terutamanya dlm PDRM.Tangkapan anggota serta pegawai2 di kelab2 MLM yg terlibat dgn dadah telah mendedahkan masalah ini yg harus dipandang serius oleh Kerajaan.Kelab2 MLM itu perkara biasa,tetapi kalau dlm lokap pn masih lg blh mendapatkannya,itu dikira luarbiasa…Pihak atasan tahu atau tidak,hanya Allah saja yg tau.Tetapi masalah ini sememangnya telah lama berlaku hingga ke hari ini tetapi tiada siapa yg berani untuk mendedahkannya.Hanya mereka yg biasa keluar masuk lokap dan penjara saja yg faham dgn apa yg aku katakan ini.Mohon anggota dan pegawai2 PDRM berkhidmat lah seikhlas2nya kerana Allah….

Comments are closed.