Tiga pelajar UiTM maut dan seorang kritikal dirempuh SUV dekat depan UiTM Dungun. Gambar media sosial

DUNGUN – Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dungun dilaporkan maut, manakala seorang dilaporkan kritikal, selepas dirempuh sebuah SUV.

Kejadian berlaku berhampiran universiti itu kira-kira jam 8 malam tadi.

Menurut sumber awam, kereta dipandu wanita tersebut merempuh dua mangsa motosikal dan dua pejalan kaki.
Ketika kejadian, mangsa yang menaiki motosikal pulang dari aktiviti riadah petang.

SUV yang merempuh mangsa dipandu seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an, dikatakan mengalami masalah mental.

Kenderaan SUV yang merempuh empat pelajar UiTM. Gambar media sosial

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Ku Adib Aizad Ku Azmi, masing- masing berusia 20 tahun dan Mohd Akmal Tukirin, 25 tahun.

Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar dari Fakulti Perakaunan

Mangsa yang parah pula dikenali sebagai Amar Danish Mohd Ridwan, 20 tahun.

Mayat mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Daerah Dungun dan mangsa yang parah, dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here