Zack 'bertemu' semula dengan motosikalnya, Yamaha RD350 yang digunakannya dalam filem Azura pada tahun 1984. - Kredit Azhanyzam Zakaria | Live Injection Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR – Zack ‘bertemu’ semula dengan motosikalnya, Yamaha RD350 yang digunakannya dalam filem Azura pada tahun 1984.

Zack lakonan penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Fauziah Ahmad Daud (Ogy)  itu mencipta fenomena ketika itu termasuklah motosikal RD350 yang ditungganginya.

Tangkap layar dari filem Azura.

Dalam portal Motoqar, selepas 40 tahun, Jamal atau Zack dipertemukan semula dengan motosikal berkenaan.

“Cuma Zack sekarang dah rambut,” panjang dan sarung seluar skinny,” katanya artikel berkenaan.

Dalam geran, RD350 ‘Azura’ sudah bertukar tangan seramai tiga pemilik iaitu Manshah, Zainolhadi dan brother Azhanyzam (sehingga kini).

Azhanyzam sejak dari muda memang minat motosikal berkenaan dan memulakan pencarian RD350 ‘Azura’ sejak 1995.

Beliau kemudian membelinya pada 2012 dengan harga RM15,000 dan sekarang nilainya dianggarkan lebih daripada RM80, 000. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here