Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika bermandi-manda di kawasan rekreasi di Jalan Sungai Semungkis - Kampung Semungkis, Hulu Langat, Selangor, hari ini. Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika bermandi-manda di kawasan rekreasi di Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.46 petang tadi.

Susulan itu, seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi, terdapat seorang remaja lelai berusia 15 tahun telah lemas dan tersepit di bahagian batu di tempat kejadian.

“Berikutan itu, kerja-kerja membawa naik mangsa segera dilakukan anggota bertugas dan mangsa yang tinggal di Pandan Perdana itu berada di lokasi bersama 11 rakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut hadir pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast