Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) cawangan Terengganu bersedia membantu mengaturkan pertemuan antara keluarga suspek yang merempuh empat pelajar dalam kemalangan Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, tiga pelajar maut manakala seorang cedera parah.

Pertemuan ini atas permintaan keluarga pemandu wanita terbabit untuk menyampaikan permohonan maaf menerusi pertemuan empat mata dengan keluarga mangsa, katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, UiTM menghargai hasrat tersebut dan akan cuba bantu berhubung dengan keluarga mangsa agar pertemuan berlaku dalam masa yang sesuai buat ketiga-tiga keluarga.

“Bagaimanapun pihak UiTM perlu menunggu masa yang sesuai bagi memastikan semua pihak dalam keadaan bertenang dan benar-benar bersedia.

“Jadi, buat masa ini keluarga-kerluarga mangsa perlu diberi ruang menghadapi ujian besar kehilangan anak-anak mereka.

Artikel berkaitan: ‘Minggu lalu hantar ke UiTM, hari ini bawa pulang jenazah’

Rempuh pelajar UiTM: Ammar dilapor stabil

PM, Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UiTM maut dalam kemalangan

Kemalangan maut penuntut UiTM: KKM sedia beri kerjasama dengan pihak berkuasa

Wanita disyaki langgar pelajar UiTM direman empat hari

Pemandu wanita rempuh 4 penuntut UiTM Dungun sudah ditahan polis

UiTM berdukacita kematian tiga pelajar dalam nahas depan kampus

3 pelajar UiTM maut, seorang parah dirempuh SUV

Semalam, suami kepada wanita yang merempuh empat pelajar UiTM Dungun melahirkan hasrat untuk menemui keluarga-keluarga mangsa bagi memohon maaf atas kejadian tersebut.

Azhar Ahmad, 53, berkata dia ingin memohon maaf kepada keluarga mangsa pada malam kejadian tragis berkenaan tetapi dinasihatkan polis dan rakan-rakannya supaya menunggu sehingga keadaan reda.

Lelaki itu turut melahirkan harapan agar UiTM dapat membantu mengaturkan pertemuan tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, UiTM juga memberitahu, keadaan seorang lagi mangsa, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, yang cedera dalam kejadian itu kini beransur pulih.

Ammar kini dijaga secara bergilir-gilir oleh ibu bapanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast