Mahasiswa UPTM yang menyertai HSN 2024 hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 1,000 orang terdiri daripada mahasiswa dan warga kerja Universiti Poly-Tech Malaysia, komuniti setempat serta para pelajar daripada sekolah-sekolah sekitar kawasan menyertai Hari Sukan Negara 2024 (HSN) peringkat kawasan Cheras yang berlangsung pagi tadi.

UPTM, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Belia dan Sukan menjadi penganjur bersama dalam acara ini.

Penganjuran HSN 2024 peringkat kawasan Cheras di UPTM dirasmikan oleh Bryan Lew Chee Kwan, Timbalan Pengerusi II Ahli Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, hadir sama Prof. Madya. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh Naib Canselor UPTM dan barisan kepimpinan serta pengurusan UPTM.

Pelbagai aktiviti diadakan pada HSN 2024 peringkat Cheras.

Hari Sukan Negara merupakan satu gerakan nasional dengan objektif utama untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Acara Larian Untuk Negara dan Berjalan Ria Madani menjadi aktiviti utama dalam penganjuran HSN 2024 kali ini.

Menariknya, acara Larian Untuk Negara mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada golongan belia.

Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh memberi ucapan ringkas sempena penganjuran HSN 2024.

 

Inisiatif penganjuran HSN ini memberi impak yang positif dalam memperkasakan generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Kemeriahan HSN 2024 turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti sampingan antaranya pameran daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti CRITT E-Sport, Maybank, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan banyak lagi.

Senamrobik antara acara yang diadakan sempena HSN 2024 peringkat Cheras.

Selain itu, persembahan Aerodance, Mega Aerobikton, aktiviti kanak-kanak seperti mencanting batik, permainan fizikal dan pertandingan mewarna antara sebahagian aktiviti dalam HSN 2024 ini.

Bagi menyemarakkan lagi semangat sukan dan gaya hidup sihat, UPTM mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Program Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2024 (OSH-FEST 2024). OSH-FEST 2024 merangkumi pelbagai aktiviti seperti taklimat kesedaran keselamatan, ceramah gaya hidup sihat dan amalan persekitaran kerja yang positif. OSH-FEST 2024 akan berlangsung sepanjang bulan Oktober dan November ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here