MACC logo Seri Iskandar airport land sales Perak
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) wang tunai berjumlah S$1.529 juta (kira-kira RM5 juta) di sebuah pangsapuri ibu negara, semalam, yang dipercayai dijadikan ‘safe house’ seorang ahli politik berpengaruh.

Penemuan tersebut difahamkan daripada penahanan dua individu, termasuk seorang bekas Eksekutif Kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkait siasatan skandal rasuah konsesi perlombongan pasir.

Menurut sumber, kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan ahli politik yang pernah mempunyai pengaruh di Selangor.

“Seorang suspek mendedahkan kewujudan ‘safe house’ yang bertujuan menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh,” katanya.

Tambah beliau, penggeledahan dilakukan pada jam 10 malam semalam di sebuah pangsapuri di sini yang disewa oleh seorang ahli perniagaan sebagai tempat penyimpanan wang hasil rasuah yang diperolehnya.

Beliau berkata, hasil penggeledahan semalam menemukan sejumlah tunai mata wang Singapura berjumlah S$1,529,000 atau bernilai kira-kira RM5 juta.

Katanya, wang disimpan bertujuan untuk kegunaan ahli politik terbabit bagi aktiviti politiknya dan wang iitu telah disita oleh SPRM bagi siasatan lanjut.

“Dipercayai wang ini diberikan oleh seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan ini atas arahan ahli politik berpengaruh berkenaan,” ujarnya.

Sumber berkata, SPRM telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah.

Katanya, kini SPRM sedang menyiasat pembabitan ahli politik berpengaruh itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here