Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kulai melakukan tinjauan kawasan banjir di empat kampung dalam kawasan Bukit Permai, Kulai, hari ini

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di Johor kembali meningkat\ apabila 207 orang berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4 petang ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah berkenaan melibatkan 63 keluarga dari Kulai, Kluang dan Batu Pahat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu memberitahu, jumlah mangsa banjir terjejas paling tinggi adalah di Kluang melibatkan 108 penduduk.

“Ini melibatkan 41 keluarga yang ditempatkan di PPS Ssekolah Kebangsaan (SK) Seri Kampung Renggam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Layang-Layang.

“Di Batu Pahat, jumlah mangsa banjir seramai 16 penduduk melibatkan tiga keluarga yang ditempatkan di PPS SK Seri Benut.

“Di Kulai pula, seramai 83 mangsa banjir daripada 19 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kampung Murni Jaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat berlaku sehingga petang ini di Kluang, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi dan Kulai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast