Kapal milik tentera laut Jerman yang berlabuh di Terminal Cruise Pelabuhan Klang pagi Selasa.Ihsan TLDM

PELABUHAN KLANG – Dua buah kapal perang Tentera Laut Jerman, FGS Baden Aden-Wurttemberg (F222) dan FGS Frankfurt Am Main (A1412) telah tiba Terminal Feri Cruise, Pelabuhan Klang untuk lawatannya hari ini.

Laman Sesawang Facebook rasmi TLDM berkata, ketibaan kapal-kapal terbabit disambut oleh Asisten Ketua Staf Siber dan Elektromagnetik, Laksamana Pertama Azman bin Rabani bersama delegasi TLDM dengan diiringi Pancaragam TLDM dari KD Sultan Ismail.

Ketibaan dua kapal Tentera Laut Jerman disambut oleh TLDM di Terminal Cruise Pelabuhan Klang pada pagi Selasa 15 Oktober 2024.Ihsan TLDM

“Selain delegasi TLDM, turut hadir menyambut ketibaan kapal tersebut adalah Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr. Peter Blomeyer bersama delegasi kedutaan.

“FGS BADEN-WÜRTTEMBERG dan FGS FRANKFURT AM MAIN sedang dalam rangka pelayaran Indo-Pacific Region Deployment 2024 dan akan berada di Malaysia sehingga 18 Oktober ini,” kata TLDM dalam kenyataan tersebut.

AKS Siber dan Elektromagnetik Markas Tentera Laut bersama Duta Besar Jerman ke Malaysia dan Penasihat Pertahanan Jerman di Port Klang Cruise Terminal, Klang pada pagi 15 OKtober 2024.Ihsan TLDM

Turut serta dalam pelayaran tersebut adalah Pengarah Sumber Manusia Tentera Laut Jerman, Rear Admiral Helge Risch.

Antara aktiviti yang dirancang sepanjang lawatan dua kapal Jerman ke Malaysia termasuk majlis resepsi di kapal, lawatan kapal dan interaksi sukan selain perbincangan latihan bersama wakil kapal TLDM.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast