Rossa akan muncul dalam episod istimewa bual bicara digital bertajuk Usanita: Unwrapped Kisah Di Sebalik Spotlight Special Edition With Dato Sri Rossa.

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment iaitu sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn. Bhd. yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.

Pelancaran rasmi Usanita Entertainment dimulakan dengan episod istimewa bual bicara digital bertajuk Usanita: Unwrapped Kisah Di Sebalik Spotlight Special Edition With Dato Sri Rossa.

Program dihoskan oleh Awal Ashaari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan.

Episod istimewa itu dijangka memberikan perspektif mendalam tentang perjalanan seni Rossa yang telah menjadi inspirasi kepada ramai peminat di seluruh Nusantara.

Adzliana berkata, penglibatan Rossa sebagai figura utama  signifikan memandangkan beliau bukan sahaja dihormati sebagai penyanyi tetapi juga sebagai ikon yang berperanan besar dalam memupuk hubungan antara penggiat seni dari Malaysia dan Indonesia.

“Kami berbangga dapat memulakan langkah pertama ini dengan Datuk Seri Rossa yang membawa pengalaman dan pengaruh antarabangsa dalam arena kreatif.

“Ini membuka jalan untuk kerjasama yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya pada majlis pelancaran program bual bicara itu di sini hari ini.

Rossa kongsi perjalanan seni yang telah menjadi inspirasi kepada ramai peminat di seluruh Nusantara.

Sementara itu, pelancaran Usanita Entertainment kerana Usanita juga bertindak sebagai rakan penaja untuk Malam Gala Filem Dokumentari All Access To Rossa: 25 Shining Years yang akan berlangsung di Dadi Cinema, Kuala Lumpur.

Dokumentari itu meraikan perjalanan karier cemerlang Rossa selama 25 tahun dan dengan penglibatan Usanita sebagai penaja menandakan sokongan kukuh Usanita terhadap seni dan industri kreatif. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here